Tamadun Lembah Indus (3,000- 1,500 SM)
Tamadun Lembah Indus muncul sekitar (3,000 – 1,500 SM0 dan dikenali juga dengan Zaman Proto. Pada zaman ini, pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya, terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan da norganisasi. Pada masa ini, juga wujud hubungan antarabangsa berdasarkan beberapa bukti yang telah ditemui seperti barangan buatan Harappa yang terdapat di Mesopotamia.
Bandar Harappa dan Mohenjodaro dibina secara terancang, Jalan- jalannya luas untuk pejalan kaki dan kenderaan beroda. Manakala di sebelah kiri dan kanan jalan, penuh sesak dengan rumah- rumah kediaman. Masing- masing terdapat kolam dan tempat mandi sendiri dengan sistem saliran yang baik.
Secara umumnya, kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Lembah Indus, boleh digariskan seperti berikut:
Ø Wujudnya rumah- rumah kediaman yang dibina daripada susunan batu- bata salai yang dilengkapi dengan bilik tidur, bilik air dan perigi.
Ø Adanya jalan- jalan berukuran 10 meter lebar untuk pejalan kaki.
Ø Terdapat perparitan yang dibina selari dengan jalanraya dan berkeadaan tertutup.
Ø Wujud kolam manda yang besar (The Great Bath) yang bersaiz 11.8m panjang, 7m lebar dan 2.4m kedalamannya. Tutut disediakan juga tang selebar 2.4m.
Ø Benteng pengawal banjir yang dibina setinggi 13.1 meter
Ø Gudang- gudang besar bagi menyimpan bijirin bagi keperluan makanan setempat.
Selain itu, terdapt beberapa bukti lain seperti cop mohor bergambar yoga, patung- patung wanita untuk penyembahan kepada Dewa Ibu dan juga beberapa tulisan piktografik yang melambangkan ikan dan binatang. Selain itu, turut ditemui peralatan untuk tujuan pengangkutan seperti perahu dan kereta lembu.
Kemusnahan Tamadun Lembah Indus berlaku berpunca daripada 1500 SM. Antara faktor besar yang dapat dikesan ialah berpunca daripada berlakunya peristiwa banjir besar, wabak penyakit dan berlakunya peperangan antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan orang- orang Parsi.
|
Kehidupan manusia Zaman Pra Sejarah |