MASYARAKAT DAN BUDAYA

Thursday, 29 March 2012

MASYARAKAT DAN BUDAYA
Dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada bahasa iaitu Indo-Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo-Arya menetap di Utara India dan orang Dravidia di Selatan India.
Sistem keluarga
Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family) yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin. Sistem kekeluargaan India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan Purusartha.

Ashrama Dharma
Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:

Tahap Pertama
Bramacharya: iaitu seseorang pada usia 12 tahau hingga 24 tahun dan dinamakan sabagai zaman bujang. Dua belas tahun pertama merupakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua merupakan tahap pembelajaran yang serius (formal).

Tahap Kedua
Grihasta: iaitu seseorang yang akan memulakan berumah tangga. Tamadun India mengesyorkan usia perkahwinan bagi kaum lelaki pada usia 21 hingga 30 tahun, manakala usia 18 hingga 25 tahun bagi kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menhasilkan kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Orang yang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan lain seperti brachmacharya, vanaprastha dan sannyasa.

Tahap Ketiga
Vanaprastha: iaitu golongan yang berumahtangga dan berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agamaserta menolak perkara-perkara duniawi.

Tahap Keempat
Sannyasa: iaitu seseorang yang berusia kira-kira 72 tahun ke atas. Pada tahap ini seseorang itu hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan (terutamanya perkara-perkara duniawi). Golongan warga tua dan alim yang penuh dengan ilmu ini disyaratkan menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain (G, Sivapalan, M. Rrajantheran & R. Rajakrishnan, 2001: 254-255).
            Maka, kesimpulan yang dapat dibuat bagi Ashrama Dharma ini adalah melalui empat tahap iaitu:
1.      Brahmacharya : Mempelajari ilmu pengetahuan
2.      Grihasta           : Berumah tangga dan berkerja
3.      Vanaprasta       : Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi
4.      Sannyasa          : Sebar ilmu kepada masyarakat   

0 comments:

Post a Comment