ZAMAN PERTENGAHAN

Thursday, 29 March 2012

Zaman Pertengahan (1000-1756 )
Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam.Dalam tempoh ini, Islam memerintah India selama hamper 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706 M/87 H. Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan kerajaan Islam. Peringkat awal hanya berlaku dalam bentuk hubungan perdagangan di bahagian pesisiran pantai.
            Peringkat kedua pula berlaku dalam bentuk penaklukan oleh Turki, Afghan dan Mongol. Penguasaan Afghan dilakukan melalui Mahmud Al-Ghaznawi (1008-1026 M ). Bandar-bandar yang dikuasai ialah Thanesar, Kanauj dan Mathura yang terletak di bahagian utara India. Pada tahun 1191 M, India telah diambil alih oleh Muhammad Ghuri, kemudian dirampas oelh hambanya Qutbuddin Aibak pada tahun 1206 M.
            Kerajaan-kerajaan Islam berikutnya ialah
·         Dinasti Hamba ( Kesultanan Delhi ) 1206-1290 M.
·         Dinasti Khilji 1290-1320 M
·         Dinasti Tughluq 1320-1412 M
·         Dinasti Sayyid 1412-1450 M
·         Dinasti Lodi 1451-1526 M
·         Dinasti Babur / Mughal 1526-1707 M
Namun, kerajaan Islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-Sikh ke atas Kerajaan Mughal dan diikuti serangan dari pihak Inggeris pada 1857 M.

Zaman Sangam (300 SM - 600 SM)

Di bahagian Selatan India telah wujud kerajaan - kerajaan Chera, Chola dan Pandhya yang disebut sebagai Zaman Sangam. Ia dikenali kerana sumbangan besar dalam bidang kesusateraan dan hubungan perdagangan dengan Eropah dan Asia Tenggara.

Zaman Pallava (600 M - 900 M)
Dikenali sebagai Zaman Gelap kerana berada di bawah pemimpin kumpulan Kalabhra yang mementingkan Buddism serta Jainism.

Zaman Chola (850 M - 1200 M)
Dibawa pemerintahan raja bergelar Rajendra Chola yang telah menyaksikan perluasan kuasa di bawah pemerintahan beliau serta penyebaran kebudayaan Tamil.

Empayar Gupta (320 - 520 SM)

Dikenali - Zaman Klasik
Perkembangan kesusasteraan Hindu, termasuk senibina kuil, kesenian dan sains semakin rancak dengan rancak dengan terbinanya sebuah kuil. 


Kuil Vishnu di Deograrh

Dinasti Gupta membawa zaman ini ke puncak kegemilangannya. Ancaman dari puak Hunan telah berjaya melemahkan dan menjatuhkan kerajaan Gupta.




Empayar Gupta pada takat yang terbesar (kelabu), serta negeri-negeri lindungannya (hijau).

EMPAYAR MAURYA

Wednesday, 28 March 2012

Empayar Maurya (326- 185 SM)
Pengasas empayar ini ialah Chandragupta Maurya yang berasal daripada puak Mauriya. Empayar inin telah mencapai zaman gemilang ketika agarama Buddha da njaina menjadi anutan pemerintah; terutama apabila Asoka memeluk agama itu dan menjadi penaungnya. Empayar ini berada di puncak keagungan dan zaman keemasannya pada zaman pemerintahan Asoka (268 – 231 SM). Beliau telah  mewujudkan  jawatan pegawai keadilan untuk memastikan semua reformasi yang dirancangkan oleh pemerintahan pusat dilaksanakan di peringkat wilayah. Kejayaan beliau adalah disebabkan ketegasannya untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah seperti hukuman mati secara tegas dan berkesan.
            Sebuah buku “Arthasastra” yang berupa teks tentang kerajaan dan ekonomi susunan atau karya Kautalya (penasihat kepada Chandragupta) juga telad ditulis. Buku ini telah dijadikan panduan kepada pemerintahan dan dihortmati oleh semua rakyat.
            Zaman Maurya berakhir dengan berlakunya serangan dari luar, sekitar tahun 185 SM – 320 SM. Ianya digantikan oleh Pushyamitra Sungha (180SM), pengasas Dinasti Shunga apabila berjaya menguasai sebahagian lembah Ganges. Bagainamapun kedatangan Iskandar Zulkarnain (Iskandar yang Agung) atau Alexander The Great pada tahun 327 SM telah menyebabkan lahirnya masyarakat Indo Great yang terdiri daripada Bactria, Scyhians dan Parthians yang merupakan kelompok- kelompok nomad yang berhijrah ke Asia Tengah, termasuk India dan kemudiannya menubuhkan dinasti-dinasti kecil.



ZAMAN VEDIK

Zaman Vedik (1,500 – 500 SM)
Zaman Vedik dibahagikan kepada “Veda Awal” (1,500- 1,000 SM) dan “Veda akhir” (1,000 – 500 SM). Pada zaman ini berlaku kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil daipada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali sebagai Indo- Aryan. Namun begitu, perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal. Bagaimanapun, asimilasi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan berlaku. Pada tahun 1,200 SM hingga 1,000 SM, Kitab Rig Veda telah disusun untuk dijadikan panduan dan rujukan. Asas organisai politik (stratifikasi social) juga telah wujud dan terdiri daripada raja, menteri, ketua-ketua dan orang- orang kaya. Mereka juga ada samriti  (perhimpunan rakyat) yang bertanggungjawab menghadkan kuasa raja.



TAMADUN LEMBAH INDUS

Tamadun Lembah Indus (3,000- 1,500 SM)
Tamadun Lembah Indus muncul sekitar (3,000 – 1,500 SM0 dan dikenali juga dengan Zaman Proto. Pada zaman ini, pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya, terutamanya dalam bidang pertanian, pertukangan da norganisasi. Pada masa ini, juga wujud hubungan antarabangsa berdasarkan beberapa bukti yang telah ditemui seperti barangan buatan Harappa yang terdapat di Mesopotamia.
            Bandar Harappa dan Mohenjodaro dibina secara terancang, Jalan- jalannya luas untuk pejalan kaki dan kenderaan beroda. Manakala di sebelah kiri dan kanan jalan, penuh sesak dengan rumah- rumah kediaman. Masing- masing terdapat kolam dan tempat mandi sendiri dengan sistem saliran yang baik.
            Secara umumnya, kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Lembah Indus, boleh digariskan seperti berikut:
Ø  Wujudnya rumah- rumah kediaman yang dibina daripada susunan batu- bata salai yang dilengkapi dengan bilik tidur, bilik air dan perigi.
Ø  Adanya jalan- jalan berukuran 10 meter lebar untuk pejalan kaki.
Ø   Terdapat perparitan yang dibina selari dengan jalanraya dan berkeadaan tertutup.
Ø  Wujud kolam manda yang besar (The Great Bath) yang bersaiz 11.8m panjang, 7m lebar dan 2.4m kedalamannya. Tutut disediakan juga tang selebar 2.4m.
Ø  Benteng pengawal banjir yang dibina setinggi 13.1 meter
Ø  Gudang- gudang besar bagi menyimpan bijirin bagi keperluan makanan setempat.

Selain itu, terdapt beberapa bukti lain seperti cop mohor bergambar yoga, patung- patung wanita untuk penyembahan kepada Dewa Ibu dan juga beberapa tulisan piktografik yang melambangkan ikan dan binatang. Selain itu, turut ditemui peralatan untuk tujuan pengangkutan seperti perahu dan kereta lembu.

            Kemusnahan Tamadun Lembah Indus berlaku berpunca daripada 1500 SM. Antara faktor besar yang dapat dikesan ialah berpunca daripada berlakunya peristiwa banjir besar, wabak penyakit dan berlakunya peperangan antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan orang- orang Parsi.


Kehidupan manusia Zaman Pra Sejarah
  

ZAMAN PRA SEJARAH

Zaman Pra Sejarah (100,000 SM – 1000 SM)

Zaman Awal dikenali juga sebagai Zaman Pra-sejarah. Zaman Pra-sejarah diketegorikan kepada 3 tempoh iaitu: 
1) Zaman Paleotik ( 100,000 SM)
2) Zaman Mesolitik (100,000 SM hingga 10,000 SM) 
3) Zaman Neolitik (10,000 SM hingga 3,000 SM). 

Pada zaman ini, perkembangan kehidupan manusia dianggap masih berada di bawah paras ketamadunan. Pada Zaman Paleolitik umpamanya, aspek teknologi dilihat terlalu minimum, kehidupan mereka adalah secara nomad dan ringkas. Manakala Zaman Mesolitik dilihat oleh ahli sejarah sebagai zaman lebih maju, berdasarkan peralatan yang digunakan seperti kapak batu dan alat yang lebih halus buatannya. Zaman Neolitik pula dilihat bertambah maju. Walaupun peralatan yang digunakan masih batu, tetapi alatan- alatan tersebut lebih berkilat dan berseni. Dalam pada itu, penempatan penduduk sudah kekal; tidak lagi berpindah- randah.


Kapak batu zaman Mesolitik

Peralatan batu

Peralatan batu zaman Paleolitik

Peralatan batu