Welcome

Thursday 29 March 2012

This blog is presented by the following members :


Ong Xian Jie
Lai Lap Fai
Tan Kooi Pin
She Guo Hao
Duncan Stephen


................(_)
...............(___)
...............(___)
...............(___)
...............(___)
./\_____/\__/----\__/\_____/\
.\_____\_°_¤ ---- ¤_°_/____/
.............\ __°__ /
..............|\_°_/|
..............[|\_/|]
..............[|[¤]|]
..............[|;¤;|]
..............[;;¤;;]
.............;[|;¤]|]\
............;;[|;¤]|]-\
...........;;;[|[o]|]--\
..........;;;;[|[o]|]---\
.........;;;;;[|[o]|]|---|
.........;;;;;[|[o]|]|---|
..........;;;;[|[o]|/---/
...........;;;[|[o]/---/
............;;[|[]/---/
.............;[|[/---/
..............[|/---/
.............../---/
............../---/|]
............./---/]|];
............/---/#]|];;
...........|---|[#]|];;;
...........|---|[#]|];;;
............\--|[#]|];;
.............\-|[#]|];
..............\|[#]|]
...............\\#//
.................\/


This blog is mainly about Indian's civilization and we are trying to give all visitors a clearer view of what is in the Indian's civilizatio.

MASYARAKAT DAN BUDAYA

MASYARAKAT DAN BUDAYA
Dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada bahasa iaitu Indo-Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo-Arya menetap di Utara India dan orang Dravidia di Selatan India.
Sistem keluarga
Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family) yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin. Sistem kekeluargaan India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan Purusartha.

Ashrama Dharma
Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:

Tahap Pertama
Bramacharya: iaitu seseorang pada usia 12 tahau hingga 24 tahun dan dinamakan sabagai zaman bujang. Dua belas tahun pertama merupakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua merupakan tahap pembelajaran yang serius (formal).

Tahap Kedua
Grihasta: iaitu seseorang yang akan memulakan berumah tangga. Tamadun India mengesyorkan usia perkahwinan bagi kaum lelaki pada usia 21 hingga 30 tahun, manakala usia 18 hingga 25 tahun bagi kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menhasilkan kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Orang yang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan lain seperti brachmacharya, vanaprastha dan sannyasa.

Tahap Ketiga
Vanaprastha: iaitu golongan yang berumahtangga dan berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agamaserta menolak perkara-perkara duniawi.

Tahap Keempat
Sannyasa: iaitu seseorang yang berusia kira-kira 72 tahun ke atas. Pada tahap ini seseorang itu hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan (terutamanya perkara-perkara duniawi). Golongan warga tua dan alim yang penuh dengan ilmu ini disyaratkan menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain (G, Sivapalan, M. Rrajantheran & R. Rajakrishnan, 2001: 254-255).
            Maka, kesimpulan yang dapat dibuat bagi Ashrama Dharma ini adalah melalui empat tahap iaitu:
1.      Brahmacharya : Mempelajari ilmu pengetahuan
2.      Grihasta           : Berumah tangga dan berkerja
3.      Vanaprasta       : Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi
4.      Sannyasa          : Sebar ilmu kepada masyarakat   

MASYARAKAT DRAVIDA

Masyarakat Dravida
Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida.Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam ( Ros Aiza Mohd Mokhtar, 2011:144 )

Kuil Brihadishwara

MASYARAKAT INDO-ARYA


Masyarakat Indo-Arya  
Masyarakat Indo-Arya berbahasa Sanskrit iaitu bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini (R. Rajakrishnan, 1994:40 ).Keempat-empat Veda atau kitab ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya.

WILAYAH


Kedudukan Geografi
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya menjadi sempadan yang memisahkan di antara Utara dengan Selatan India. India Utara meluas sehingga ke kawasan Himalaya di bahagian Utara, manakala India Selatan meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin ( R. Rajakrishnan, 1994:1 ). Pada hari ini, benua kecil India merangkumi negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka (Azharudin, 2004:11 ). Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat, manakala bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina ( Osman Bakar,2009:82 ).
           Keadaan geografi bolehlah dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan-amalan keagamaan. Masyarakat di India Utara secara keseluruhannya dikenali sebagai Indo-Arya dan masyarakat di India Selatan pula dikenali sebagai orang Dravida( R. Rajakrishnan, 1994:1 )

ZAMAN MODEN

Zaman Moden (1857M- kini )
Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan  apabila datangnya penjajah British pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga buah Negara (India, Pakistan dan Bangladesh ). Rentetan daripada itu, sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya berpindah ke Pakistan dan Bangladesh. Manakala sebahagian kecil daripadanya masih terus menetap di Negara India ( baru ) (Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, 2009: 1-7 )


Ellora Caves

KONSEP TAMADUN INDIA

Konsep Tamadun India
Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya yang berpusat di India utara dan Dravida yang berpusat di India Selatan.


Tamadun India