WILAYAH

Thursday 29 March 2012


Kedudukan Geografi
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya menjadi sempadan yang memisahkan di antara Utara dengan Selatan India. India Utara meluas sehingga ke kawasan Himalaya di bahagian Utara, manakala India Selatan meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin ( R. Rajakrishnan, 1994:1 ). Pada hari ini, benua kecil India merangkumi negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka (Azharudin, 2004:11 ). Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat, manakala bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina ( Osman Bakar,2009:82 ).
           Keadaan geografi bolehlah dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan-amalan keagamaan. Masyarakat di India Utara secara keseluruhannya dikenali sebagai Indo-Arya dan masyarakat di India Selatan pula dikenali sebagai orang Dravida( R. Rajakrishnan, 1994:1 )

0 comments:

Post a Comment